Wednesday, August 15, 2012

Rendang Ayam

Bahan-Bahan
1 ekor ayam
1 packet rempah kurma
1 kotak santan
2 keping asam keping
2-3 sudu kerisik
Garam, gula dan perasa secukup rasa

Bahan Dikisar
2 biji bawang besar
2 ulas bawang puteh
15 tangkai cili kering
4 batang serai
2 cm halia

Bahan Dimayang
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah murma dan tumis lagi sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam, santan, asam keping, kerisik dan bahan dimayang serta garam, gula dan perasa secukup rasa dan masak sehingga pekat.

Tuesday, May 22, 2012

Gulai Kunyit Kuah Ikan

Bahan-Bahan
5 ekor ikan kembong
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
1 sudu ketumbar
10 biji cili padi
1/2 inci halia
1 inci kunyit
2 hiris lengkuas
1 keping asam gelugor
2 batang serai
1/2 biji kelapa
Garam, gula dan perasa secukup rasa

Cara Menyediakan
1. Bersihkan ikan.
2. Bawang merah, bawang puteh, ketumbar, cili padi, halia, kunyit dan lengkuas di blend.
3. Bahan yang di blend dimasak dengan santan, bersama serai, asam keping.
4. Bila mendidih masukkan ikan.
5. Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa.