5 keping ikan tenggiri
2 cm halia*
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 labu bawang besar*
1 kuntum bunga lawan
2 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
3 tangkai daun sup3 biji ubi kentang
Serbuk lada hitam
Garam dan perasa secukup rasa
* dihiris nipis
Cara Menyediakan
1. Bersihkan ikan dan toskan.
2. Tumis bawang merah yg dihiris nipis sehingga garing kemudian angkat.
3. Tumis bawang besar, bunga lawan, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga wangi kemudian masukkan air secukupnya.
4. Masukkan halia, bawang putih dan serbuk lada hitam.
5. Apabila mendidih masukkan ikan, ubi kentang, dan daun sup.
6. Masukkan garam dan perasa secukup rasa.
7. Rebus sehingga ubi kentang empuk.
8. Masukkan bawang merah goreng dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment