Sunday, December 5, 2010

Biskut Kelapa Delima

Bahan Utama:-
225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"*
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
125 g gula aising
75 g kelapa kering, kisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
1/2 camca teh esev vanilla
155 g mentega

Untuk Hiasan:-
Ceri merah, dipotong kecil
Kelapa kering
1 kuning telur, untuk disapu

Cara membuatnya:-
  1. Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
  3. Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.
  4. Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
  5. Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 150C selamat 10 - 12 minit. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

Sup Ikan Tenggiri

Bahan-Bahan
5 keping ikan tenggiri
2 cm halia*
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 labu bawang besar*
1 kuntum bunga lawan
2 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
3 tangkai daun sup
3 biji ubi kentang
Serbuk lada hitam
Garam dan perasa secukup rasa

* dihiris nipis

Cara Menyediakan
1. Bersihkan ikan dan toskan.
2. Tumis bawang merah yg dihiris nipis sehingga garing kemudian angkat.
3. Tumis bawang besar, bunga lawan, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga wangi kemudian masukkan air secukupnya.
4. Masukkan halia, bawang putih dan serbuk lada hitam.
5. Apabila mendidih masukkan ikan, ubi kentang, dan daun sup.
6. Masukkan  garam dan perasa secukup rasa.
7. Rebus sehingga ubi kentang empuk.
8. Masukkan bawang merah goreng dan hidangkan.

Terbaharu!

Monday, November 29, 2010


Specially made tudung for Itta's engagement..congrates Itta!

Saturday, November 27, 2010

Sunday, November 21, 2010

Thursday, November 18, 2010

Resepi Botok-Botok Ikan

dipetik dari Resepi Masakan Melayu

Bahan-Bahan
3 keping ikan tenggiri atau 3 ekor ikan kembong
3 bungkus rempah kari ikan
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 batang serai*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
2 sudu kerisik
3 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

LEGEND: * bermakna dikisar

½ cekak pucuk bebuas
½ cekak pucuk kadok
½ cekak pucuk ubi kayu
½ cekak pucuk mengkudu
½ cekak pucuk puding
½ cekak daun cekur
2 helai daun kunyit - diracik
4 - 5 sudu pati santan
3 helai daun pisang untuk membungkus

Cara Menyediakan
1. Bersihkan ikan dan toskan.
2. Campurkan bahan yang dikisar dengan serbuk kari dan masukkan garam, gula, kerisik, air limau nipis, daun kunyit, pati santan dan digaul rata.
3. Semua pucuk ulaman dibahagi tiga dan disusun di atas daun pisang secara berasingan (untuk menjadikan 3 bungkus).
4. Rempah yang telah digaul dibahagi 3 dan diletakkan di atas pucuk-pucuk ulaman kemudian letakkan 1 ekor/keping ikan di atas rempah tadi selepas itu diletakkan lagi rempah di atas ikan dan tutup ikan dengan pucuk ulaman semula serta bungkus dengan daun pisang.
5. Kukus sehingga 15 - 20 minit.

Cadangan Hidangan
Lagi banyak pucuk ulaman yang dimasukkan lagi sedap rasanya dan lebih harum baunya.

Ayam Masak Kampung

Bahan-Bahan
1 ekor ayam (dipotong kecil)
3 camca minyak
1 batang serai (dititik)
1 biji santan kelapa (150 ml pekat, 800 ml cair)
3 biji kentang
1 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 kisar
2 biji cili hijau
1 biji cili merah
8 biji cili padi
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit
1 batang serai

Cara Penyediaan
1.     Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak
2.     Masukkan ayam dan kacau sampai air agak kering
3.     Masukkan serai, santan cair, kentang, asam gelugur, garam dan gula 
4.     Kacau sekali sekala hingga kentang hampir empuk, tuangkan santan pekat dan bubuh daun kunyit 
5.     Biarkan gelegak sekali lagi kemudian angkat dan hidangkan.

Resepi Ayam Palembang

Bahan-Bahan
1 ekor ayam(dipotong kecil kemudian digoreng)
1 biji bawang besar dipotong bulat
200g bawang kecil dibuat bawang goreng-utk tabur
4 helai daun limau purut
1 biji kelapa- diambil 2 cawan santan
2 keping asam gelugur
11/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula

Bahan2 kisar
15 biji bawang merah kecil-
3 biji bawang putih
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan halus
20 biji cili kering
1 cm lengkuas
1 inci halia-
2 batang serai

Bahan2 tumis
5 kuntum bunga cengkeh
3 biji buah pelaga
2cm kulit kayu manis
4 sudu makan minyak untuk menumis

Cara Penyediaan
1.     Ayam dibersihkan, dipotong kecil, dibubuh garam dan kunyit.
2.     Kemudian digoreng dan diketepikan.
3.     Panaskan 4 sudu besar minyak, kemudian tumis bunga cengkeh, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing.
4.     Masukkan santan, garam, gula dan asam gelugur.
5.     Biarkan santannya mendidih dan pekat sedikit, baru masukkan ayam dan bawang besar potong bulat, gaul rata dan biarkan mendidih lagi.
6.     Bila menghidangkan taburkan bawang goreng diatasnya.